Lampiran C Bantuan Khas Awal Persekolahan 2016. Klik butang muat turun untuk memuat turun Lampiran C

8 Hasrat PPD Perak Tengah

8 Hasrat PPD Perak Tengah

Monday, 13 July 2015

Penarafan Pembestarian Sekolah Menggunakan SSQS Tahun 2015

PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH MENGGUNAKAN SSQS TAHUN 2015

DITULIS OLEH NAZARKHAN.
Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Negeri Perak.

1.   Surat siaran Jabatan Pendidikan Negeri Perak : BTPN(PK-UBEST)8873/1 Jld.13 (3) mengenai perkara di atas adalah dirujuk :

2.   Penarafan Pembestarian Sekolah Menggunakan Smart School Qualification Standards (SSQS) Tahun 2015 dilaksanakan secara dalam talian di url http://btpnperak.moe.edu.my/ssqsv3/index.php .

3.   Penarafan ini perlu dilaksanakan oleh semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia sebelum 30 Ogos 2015.

4.   Maklumat lanjut sila hubungi Pegawai Teknologi Pendidikan, Pusat Kegiatan Guru berhampiran.

5.   Bersama-sama ini dilampirkan surat siaran tersebut.

Sekian, harap maklum.

NAZARKHAN BIN ABDULLAH
Unit Pembestarian Sekolah,
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak.
05 - 292 4933 (samb.115)

Friday, 10 July 2015

Pemantauan Kendiri Penggunaan Modul-modul Dan Bahan BBM

PEMANTAUAN KENDIRI PENGGUNAAN MODUL-MODUL DAN BBM,KT,TBB

DITULIS OLEH RUZIAH AB MAJID.
Semua Guru Besar,
Sekolah Rendah,
Negeri Perak.

Tuan,
PERLANJUTAN PEMANTAUAN KENDIRI PENGGUNAAN MODUL- MODUL DAN BAHAN-BAHAN BANTU MENGAJAR(BBM) KECEKAPAN(KT) DAN TENAGA BOLEH BAHARU(TBB) SEKOLAH RENDAH MENERUSI KAJIAN KEBERKESANAN
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas. Bersama ini dilampirkan maklumat berikut: surat senarai dan sekolah yang telah mengisi soal selidik berkenaan untuk tindakan tuan.
Sila klik attachment di bawah.
Sekian terima kasih.
UNIT KOKURIKULUM
SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN

Cetakan Surat Penempatan Kanak-kanak Ke Tahun Satu Sesi 2016

CETAKAN SURAT PENEMPATAN KANAK-KANAK KE TAHUN SATU (1) SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2016

DITULIS OLEH MOHD NORAZLIE.
Semua Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah
Negeri Perak

Tuan,
CETAKAN SURAT PENEMPATAN KANAK-KANAK KE TAHUN SATU (1) SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2016
Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2.          Sukacita dimaklumkan bahawa urusan permohonan daftar lewat penempatan kanak-kanak ke tahun 1 bagi sesi persekolahan tahun 2016 akan tamat dilaksanakan di peringkat sekolah pada 14 Julai 2015.
3.          Sehubungan dengan itu, dipohon kerjasama tuan memaklumkan kepada semua sekolah rendah di dalam daerah tuan membuat proses cetakan surat penempatan kanak-kanak ke tahun 1 bagi sesi persekolahan tahun 2016 menerusi sistem eDaftar Rendah (Modul Pengurusan Murid) mulai 15 Julai 2015.
4.          Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, sila hubungi En. Mohd Rizal Bin Hambali di talian 05-5015106.

Pengurusan Murid
Unit Sekolah Rendah, SPS


Attachments:
Download this file (SURAT SIARAN.pdf)SURAT SIARAN.pdf[ ]622 kB

Thursday, 9 July 2015

Pengumpulan Data Pentaksiran Bahasa Malaysia Tahun 1 - Tahun 5 Berakhir 30 Jun 2015

PENGUMPULAN DATA PENTAKSIRAN BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH ( TAHUN 1 HINGGA 5 ) BERAKHIR 30 JUN 2015

DITULIS OLEH ZORAIMI SHARIFF.
Kepada,
Semua Guru Besar Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan

Sukacita dimaklumkan bahawa Bidang Bahasa Melayu sedang mengumpulkan data Pentaksiran Berasaskan Sekolah untuk Tahun 1 hingga 5 yang berakhir 30 Jun 2015 (Laporan Pentaksiran Kedua) . Sehubungan dengan itu, semua sekolah diminta membuat analisis tahap penguasaan Bahasa Malaysia dalam Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca dan Kemahiran Menulis.
Data Pentaksiran Bahasa Malaysia hendaklah dihantar secara atas talian melalui pautan di bawah.
Untuk memudahkan tuan/puan menguruskan data , sila muat turun Borang Transit Pentaksiran pada bahagian 'attachment"
Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Zoraimi Shariff dalam talian 05-2414000 sambungan 298.
Attachments:
Download this file (BORANG TRANSIT BM.docx)BORANG TRANSIT BM.docx[ ]13 kB

Cuti Berganti Hari Rabu Sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 2015

CUTI BERGANTI SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2015

DITULIS OLEH MOHAMAD RAZMAN RAZALI.
Semua Pegawai Pendidikan Daerah
Semua Pengetua & Guru Besar
Tuan,
Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Surat Siaran Bilangan 8 Tahun 2015 telah bersetuju untuk memberikan Cuti Berganti Hari Raya Aidilfitri pada 15 Julai 2015 (Rabu).  Sehubungan dengan itu Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah membuat ketetapan bahawa cuti tersebut (15 Julai 2015) hendaklah diganti pada 10 Oktober 2015 (Sabtu).
3. Kelulusan ini hanya diberikan kepada sekolah-sekolah yang memohon sahaja.
4. Pihak tuan dipohon untuk memanjangkan maklumat ini kepada semua Pengetua dan Guru Besar di daerah masing-masing.  Sebarang pertanyaan berhubung perkata ini, sila hubungi Encik Ibarahim Bin Zainal, Pengelola Cemerlang Unit Perhubungan Dan Pendaftaran, Jabatan Pendidikan Negeri Perak.
5. Kerjasama tuan dalam hal ini amat diharapkan dan diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Unit Perhubungan Dan PendaftaranSektor Pengurusan Sekolah
Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

Wednesday, 8 July 2015

Buletin Syiar Ramadhan KPM

Bahan boleh dimuat turun pada pautan di bawah :

Buletin Edisi 1
Buletin Edisi 2
Buletin Edisi 3

Pengurusan Menghadapi Bencana Di Sekolah

PENGURUSAN MENGHADAPI BENCANA DI SEKOLAH


Semua Pengetua & Guru Besar
Tuan,
PENGURUSAN MENGHADAPI BENCANA BANJIR DI SEKOLAH
2.   Bersama-sama ini dilampirkan surat daripada Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Operasi Pendidikan,Kementerian Pendidikan Malaysia nombor rujukan KPMSP.200-6/1/1 (1) bertarikh 25 Jun 2015 berkaitan perkara di atas untuk perhatian dan tindakan tuan.
Sekian terima kasih.