Lampiran C Bantuan Khas Awal Persekolahan 2016. Klik butang muat turun untuk memuat turun Lampiran C

8 Hasrat PPD Perak Tengah

8 Hasrat PPD Perak Tengah

Friday 10 July 2015

Cetakan Surat Penempatan Kanak-kanak Ke Tahun Satu Sesi 2016

CETAKAN SURAT PENEMPATAN KANAK-KANAK KE TAHUN SATU (1) SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2016

DITULIS OLEH MOHD NORAZLIE.
Semua Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah
Negeri Perak

Tuan,
CETAKAN SURAT PENEMPATAN KANAK-KANAK KE TAHUN SATU (1) SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2016
Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2.          Sukacita dimaklumkan bahawa urusan permohonan daftar lewat penempatan kanak-kanak ke tahun 1 bagi sesi persekolahan tahun 2016 akan tamat dilaksanakan di peringkat sekolah pada 14 Julai 2015.
3.          Sehubungan dengan itu, dipohon kerjasama tuan memaklumkan kepada semua sekolah rendah di dalam daerah tuan membuat proses cetakan surat penempatan kanak-kanak ke tahun 1 bagi sesi persekolahan tahun 2016 menerusi sistem eDaftar Rendah (Modul Pengurusan Murid) mulai 15 Julai 2015.
4.          Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, sila hubungi En. Mohd Rizal Bin Hambali di talian 05-5015106.

Pengurusan Murid
Unit Sekolah Rendah, SPS


Attachments:
Download this file (SURAT SIARAN.pdf)SURAT SIARAN.pdf[ ]622 kB

No comments:

Post a Comment